Thursday, 21 April 2016

Peraturan Kantin SEKOLAH KEBANGSAAN ABI

Peraturan Kantin SK ABI

PERATURAN KANTIN SEKOLAH

1.      Pelajar hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat dan selepas waktu rehat dan selepas waktu sekolah

Waktu rehat Tahap 1: 9.40 pg – 10.00 pg.
Waktu rehat Tahap 2: 10.10 pg – 10.30 pg.

2.      Pengawas dibenarkan keluar sepuluh minit lebih awal untuk makan di kantin sebelum bertugas

3.      Pengawas bertugas hendaklah sentiasa mengawasi pelajar pada waktu rehat di kantin

4.      Pelajar hendaklah mengutamakan kebersihan dan keselamatan di kantin semasa waktu rehat

5.      Pelajar mesti berbaris sewaktu membeli makanan dan dilarang membuat bising

6.      Pelajar dilarang berlari ketika berada di kantin

7.      Pelajar yang telah membeli makanan harus bergerak segera ke meja yang disediakan dan makan dengan tertib

8.      Pelajar hendaklah menggunakan sinki yang terdapat di kantin untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan

9.      Pelajar dilarang masuk ke dapur kantin atau ke tempat menjual makanan

10.  Pelajar dilarang membawa makanan balik ke kelas

11.  Pelajar hendaklah makan dan minum di tempat yang disediakan dalam keadaan duduk

12.  Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan

13.  Pelajar hendaklah membuang segala bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan

14.  Pelajar beredar dan balik ke kelas tepat pada waktunya

1 comment: