Gotong-royong Pertandingan Kantin Ceria Bersih Sihat dan Selamat
Program ini memberi peluang kepada semua pihak, iaitu guru-guru, ibu bapa dan komuniti bekerjasama untuk menjadikan kantin bukan sekadar tempat kita menjamu selera dalam suasana yang ceria,bersih,sihat dan selamat, tetapi juga dapat memberikan kita maklumat yang pelbagai dan berguna.
Secara tidak langsung kita telah memainkan peranan memupuk minat
membaca di kalangan sesiapa sahaja yang berada di kantin ini, bukan setakat kepada murid-murid sekolah ini sahaja bahkan ibu bapa juga. Di samping ibu bapa menunggu anak masing-masing tamat sesi persekolahan pada hari tersebut atau mereka menghantar makanan di kantin waktu tengahari, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat yang disalurkan di kantin dalam pelbagai bentuk. Kawasan sekolah yang terhad menjadikan kantin sekolah tempat pelbagai fungsi bagi ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment